1. Siapakah kami?

    senangZakat adalah hasil kerjasama di antara senangPay dan Pusat Pungutan Zakat. Lihat lanjut tentang senangPay.

  2. Bagaimanakah cara untuk membayar zakat secara ansuran bulanan?

    Pembayaran zakat boleh dilakukan secara manual pada setiap hujung bulan dengan menggunakan aplikasi web ini.

  3. Adakah senangPay menyediakan pembayaran berulang setiap bulan secara automatik?

    Tidak. Saranan terbaik adalah membuat notifikasi peringatan anda sendiri dengan menggunakan aplikasi 'Google Calendar' dan tetapkan pada setiap hujung bulan. Selain itu, anda juga boleh masukkan kadar bayaran zakat bulanan yang telah ditetapkan kedalam belanjawan bulanan sendiri sebagai peringatan.

  4. Apakah cara pembayaran yang boleh saya gunakan untuk membuat pembayaran zakat di portal ini?

    Anda dibenarkan membayar zakat dengan menggunakan kad kredit patuh syariah, kad debit (visa atau mastercard sahaja), perbankan internet, touch n go e-wallet atau boost.

  1. Adakah senangPay adalah agen sah kutipan zakat oleh PPZ?

    Ya.

  2. Jika saya membayar zakat disini, bolehkah saya memenangi hadiah yang ditawarkan oleh PPZ?

    Ya.

  3. Adakah terdapat sebarang perbezaan jika saya membayar zakat disini berbanding di laman web PPZ?

    Tidak.

  4. Apakah jenis pembayaran zakat yang terdapat di portal ini sekarang?

    Kami menyediakan 7 jenis pembayaran zakat, iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat Emas, Zakat Perak, Zakat KWSP, Zakat Simpanan dan Zakat Fitrah

  5. Bilakah saya akan menerima resit rasmi pembayaran zakat dari PPZ?

    Bagi setiap transaksi yang berjaya, anda akan menerima emel transaksi berjaya dari kami sejurus selepas pembayaran, dan resit rasmi zakat dari PPZ pula akan dihantar dalam tempoh 14 hari berkerja. Sila pastikan alamat emel yang dimasukkan ketika pembayaran adalah aktif dan boleh di akses oleh anda.

  1. Adakah senangPay adalah agen sah kutipan zakat oleh LZNK?

    senangPay (senangZakat) berkerjasama dengan Intact Media Sdn Bhd bagi menyediakan platform pembayaran zakat atas talian bagi penduduk negeri Kedah.

  2. Adakah terdapat sebarang perbezaan jika saya membayar zakat disini berbanding di laman web LZNK?

    Tidak.

  3. Apakah jenis pembayaran zakat yang terdapat di portal ini sekarang?

    Kami menyediakan 10 jenis pembayaran zakat, iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat Emas, Zakat Perak, Zakat KWSP, Zakat Simpanan, Zakat Fitrah, Zakat Padi, Zakat Galian dan Zakat Ternakan.

  4. Bilakah saya akan menerima resit rasmi pembayaran zakat dari LZNK?

    Bagi setiap transaksi yang berjaya, anda akan menerima emel transaksi berjaya dari kami sejurus selepas pembayaran, dan resit rasmi zakat dari LZNK pula akan dihantar dalam tempoh 14 hari berkerja. Sila pastikan alamat emel yang dimasukkan ketika pembayaran adalah aktif dan boleh di akses oleh anda.